Penganjur dan Kelayakan

  1. Jom Minta Resit GST ("Cabutan Bertuah") ini dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia ("Penganjur") dan terbuka kepada semua warganegara yang menetap di Malaysia ("Peserta") berumur 18 tahun ke atas dan bukan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tempoh Cabutan Bertuah

  1. Cabutan Bertuah akan berlangsung setiap dua bulan bermula dari jam 12.00 pagi, 1 April 2016 sehingga jam 11.59 malam, 30 November 2016.
  2. Penganjur berhak untuk melanjutkan atau menukar tempoh Cabutan Bertuah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Penyerahan Penyertaan dan Kriteria Kelayakan

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit/invois asal.
  2. Untuk melayakkan Peserta memenangi hadiah, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh Cabutan Bertuah. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam Cabutan Bertuah seterusnya.
  3. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Cabutan Bertuah akan dibatalkan.
  4. Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah ini.
  5. Dengan menyertai Cabutan Bertuah ini, semua Peserta adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Cabutan Bertuah.

Cara Menyertai

  1. Peserta boleh menghantar penyertaan melalui aplikasi mudah alih atau secara atas talian melalui web.
  2. Penyertaan melalui :
    • Laman web myresitgst.com.my, Peserta perlu mengisi maklumat peribadi dan resit/invois dengan lengkap seterusnya memuatnaik gambar resit/invois tersebut bersama borang penyertaan.
    • Aplikasi mudah alih (MyResitGST), Peserta perlu memuat turun aplikasi tersebut dari "Playstore" untuk pengguna Android dan "AppsStore" untuk pengguna IOS. Peserta perlu isikan maklumat resit/invois dengan lengkap dan memuat naik gambar resit/invois tersebut bersama borang penyertaan.
    • Penyertaan yang tidak betul, tidak lengkap, tidak jelas atau tidak disertakan dengan resit/invois pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta. SATU (1) resit/invois adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
    • Peserta perlu menyimpan resit/invois asal untuk tujuan pengesahan.

Hadiah

  1. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah Cabutan Bertuah dengan sesuatu yang hampir sama atau dengan nilai yang lebih rendah andai kata berlaku kejadian dimana hadiah tidak dapat diperolehi. Hadiah dimenangi tidak boleh ditukar milik dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
  2. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/laman web oleh Penganjur. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan bagi tiga (3) hari berturut-turut, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mereka sebagai pemenang dan Peserta yang layak seterusnya akan dipilih.
  3. Pemenang-pemenang hendaklah menebus hadiah di tempat yang akan dimaklumkan oleh Penganjur kelak.
  4. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Tiada tuntutan akan dilayani selepas tarikh tersebut.
  5. Untuk menuntut hadiah, pemenang-pemenang mestilah menunjukkan Kad Pengenalan/Passport dan resit/invois asal untuk tujuan verifikasi sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan kemudiannya tidak akan dilayan.
  6. Penganjur adalah tidak bertanggungjawab terhadap pengambilan hadiah-hadiah oleh para pemenang. Semua kos untuk tuntutan hadiah adalah tanggungjawab pemenang. Semua pemenang Cabutan Bertuah ini bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan, kos pemasangan atau apa-apa bayaran lain yang mungkin dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang, berhubung dengan hadiah dalam Cabutan Bertuah ini.
  7. Hadiah-hadiah adalah dihasilkan dan diperbuat oleh pihak ketiga (Pembuat). Pemenang perlu berhubung dengan pembuat berkaitan waranti atau kerosakan hadiah yang dimenangi.

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan tempoh Cabutan Bertuah dan/atau membatalkan/menamatkan pada bila-bila masa.
  2. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menetapkan kaedah cabutan dan pemilihan pemenang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  3. Penganjur berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya mengeluarkan atau membatalkan penyertaan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan proses penyertaan Cabutan Bertuah, operasi Cabutan Bertuah atau melanggar mana-mana terma dan syarat.
  4. Penganjur juga berhak mengubah, meminda, menggugurkan atau menambah terma dan syarat Cabutan Bertuah pada bila-bila masa.
  5. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk mencetak, menyiarkan dan/atau memaparkan butiran dan/atau gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, serta untuk tujuan pengumuman pemenang sama ada dalam media percetakan, elektronik atau media-media lain.
  6. Penganjur berhak untuk melantik agensi/syarikat pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi yang diberikan oleh Peserta. Semua agensi/syarikat pihak ketiga akan mematuhi kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi Peserta dalam apa juga cara selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini.
  7. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau laman web.
  8. Penganjur berhak menyimpan resit/invois asal.
  9. Semua keputusan Penganjur adalah muktamad. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk merayu atau mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat.
  10. Sebarang percubaan untuk merosakkan laman web dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah Cabutan Bertuah ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil dan Penganjur berhak untuk mendapat ganti rugi daripada mereka yang membuat cubaan tersebut setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
  11. *PERHATIAN: Sebarang SMS yang dihantarkan oleh Penganjur kepada para pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi Penganjur.